Wednesday, 12 November 2014

Eksplorasi Jiwa

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Nama aku, Atiqah Farhana Binti Safian. Aku pelajar arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku hidup di dunia yang takde life, di mana tidur aku takkan pernah cukup, makan minum tak terjaga, tahan telinga dari dengar kata2 pedas lecturer dan tension.

Masuk gombak, aku tak masuk apa2 dah. Life aku cuma design. Life aku kat studio. Life aku kat bilik. Life aku kat rumah. Aku cuba nak join society tapi masa interview, dia tanya satu soalan yang aku dah agak, "Awak kan student architecture? Boleh ke bagi komitmen?" Aku failed.

Satu hari, group kitaorang dijemput tuk adakan kem motivasi kat satu sekolah. Masa tu, aku serius blur. Aku takde pengalaman jadi fesi. Ni first time. Serius aku cakap, awal2 aku agak spoil sikit tapi aku develop myself, trying to better. Tapi daripada kem ni, helping skill aku semakin bertambah. Students ada yang share problem dengan kita. That's when you can develop your helping skill, to be a good listener.

Aku bukan nak merendahkan diri aku tapi bagi aku, menjadi fasilitator or volunteer ni satu benda yang bagus tuk mengasah soft skill kita. Orang yang amik kita bekerja bukan pandang dari segi akademik je tapi soft skill gak. Kalau takat keje bagus tapi tak pandai nak communicate, susah gak. Betul tak?

Dengan ini, saya (dah jadi formal) ingin mengajak kalian yang berumur 13 hingga 17 tahun untuk join kem yang dianjurkan oleh group kami, G Umran iaitu XGWa atau nama penuhnya, Eksplorasi Jiwa! Kem ni bagi peluang kat adik2 semua tuk latih diri menjadi seorang fasilitator dan dalam masa sama,menjadi seorang leader yang bagus.

Yang amik Spm pun boleh join! So sebelum korang keje part time or duk rumah je, jom asah skill dulu. Register sebelum 31 disember 2014. Sesape yang ada adik, cuba brainwash dia tuk join program macam ni. Haha. Tak rugi pun. Bertambah pengalaman dan kenalan ada lar. Siap dapat sijil kot! Boleh guna nak jadi fesi /volunteer in the future or resume nak masuk U or biasiswa ke.

Berapa?
Bayar rm60 je! Murah tu. Boleh bayar rm20 sebagai deposit.

Bila?
16, 17 dan 18 Januari 2015

Kat mana?
Taman Wetland, Putrajaya

Apa yang menanti korang semua?
Game yang direka khas oleh future arkitek2 kita. Ice Breaking, LDK, Leadership Game, Introspeksi dan Workshop

Siapa perlu korang contact?
Bro Khai : 013-2769580
Bro Hizwan : 013-6460952
Sis Tiqah : 017-7774917

Check it out di page kami, XGWa . Dare to Change, Make a Change! Jom! Ajak kawan2 sekali! Bila lagi nak ada peluang camni? :D

2 comments: