Hak Milik Atiqah Safian |
" Abang, abang janji takkan tinggalkan saya?"
"Janji.."
"Bukti ?"
"Abang akan bawa sayang ke syurga."
***
Aina membelek-belek setiap buku di rak tersebut. Tiada satu yang berkenan di hatinya kini. Novel pula hanya berdasarkan cinta monyet antara remaja dan kononnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Kebanyakannya tiada pengisian daripada novel tersebut.
Dicapai pula buku motivasi. Hampir kesemuanya sudah Aina khatam. Diletakkan semula di tempat asalnya. Buku tebal bertajuk Twilight juga sudah dia baca malah berkali-kali sudah dia khatam membaca buku tersebut.
"Aina ! Aina ! Tengok ni !"
Terlihat Fazira, sahabat baiknya memanggil dirinya dari jauh. Aina pergi ke arahnya sambil membetul tudungnya yang sudah tidak kemas. Tampak mata Fazira melilau-lilau membaca pengisian surat khabar yang ada pada tangannya.
"Apa dia?"
"Kau dengar tau. Seorang gadis berumur 22tahun telah didapati diseksa dengan ngeri pada seluruh tubuh badannya kecuali wajah dan kedua-dua telapak tangan. Disyaki gadis ini bersama-sama dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya di bar. Apabila ditanya tentang wajah lelaki itu, gadis itu tidak ingat apa-apa kerana mabuk."
Aina terkejut. Sebelum ini, kes simbah asid masih belum ditemui dalangnya. Kini, apa pula? Aina mencapai surat khabar tersebut. Membaca setiap bait ayat yang wujud pada helaian surat khabar tersebut.
Gadis itu mengatakan pada awalnya rambutnya ditarik dengan sekuat hati dan dipotong hingga kepalanya luka-luka. Badannya pula dilibas dengan tali pinggang dan adakalanya, ditoreh pula dengan pisau. Mengikut pihak hospital, gadis ini telah kehilangan banyak darah sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad.
"Libas tu aku tak kisah lagi tapi kena toreh? Eeeiii.. Ngeri betul aku. Kesian betul perempuan tu." kata Aina.
"Kesian? Kesian memang kesian tapi kau baca balik apa dorang cakap kat atas tu. Dia mabuk ! Hei, budak-budak zaman sekarang."
"Kau tu bukan budak-budak ke?"
"Err... Lupakan je lah. Jom beli buku."
Aina membaca semula artikel dalam surat khabar tersebut. Dunia memang nak akhir zaman. Manusia semakin lupa akan dosa dan hanya menurut hawa nafsu sahaja. Aina meletakkan semula surat khabar tersebut pada tempat asalnya. Tiba-tiba..
Handphone Aina mula menyanyi rancak. Terus Aina mengambil handphone dari koceknya dan terlihat nama sepupunya, Huda menelefonnya. Aina dengan senang hati menekan butang jawab dan memberi salam.
"Aina... Tolong Huda... Tolong..."
No comments:
Post a Comment