~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
Ni cerita berat sikit. Siapa tak sudi baca, boleh ler baca post aku yang lain or blog orang lain. Cett. Halau pembaca lak. Haha. Antara banyak2 kelas, aku paling suka kelas Islamic in Knowledge and Civilization. Since aku ni jahil, kat kelas ni lar aku timba sikit-sikit ilmu agama kita, Islam.
Ustaz aku namanya, Ustaz Kabuye Uthman. Ye, walaupun ustaz aku foreigner tapi dia duduk kat Malaysia. Oh! Dia pandai cakap bahasa melayu! Dia pun ada tolong translate kan buku Arab ke Bahasa Melayu. Pergh. Psst. Dia suka durian. Haha. (Aku yang Melayu pun tak makan durian)
Ok. Cerita, Tqah..cerita. Bestnya kelas ustaz kabuye, kadang-kadang, dia bercerita gak benda yang luar dari silibus. Pernah dia tanya, "Who in this class has some doubt about the existence of God?" Ooo.. Soalan dia. And believe me, there are students who raised up their hands. Pernah gak dia tanya, "Who's Imam Syafie? (maksud dia, sape pemegang mazhab syafie) Memang majoriti lar angkat tangan. Yang tak angkat tu, student foreigner. Lepas tu dia tanya, "Ok. Now, lets see if we are in the same Syafie." Dia tanya beberapa student asal mana Imam Syafie. Ok. Ramai tak dapat jawab....termasuk aku.
Tapi ada satu soalan dari seorang sister.
"Ustaz. I have doubt about the life after death. Could you give your explanation on this?"
He smiled and answered. Ini yang aku nak cerita dalam post aku hari ni. Wei! Jangan lari dulu! Baca dulu wei. Serious interesting cerita ni! T_T
Kebanyakan dari kita tak percaya pada benda yang macam mustahil tuk terjadi. Kenapa? Sebab kita belum hadapi benda tu lagi. Siapa je dalam dunia ni yang mati lepas tu tiba-tiba dia hidup balik? Sumber yang kita dapat pasal reincarnation, cuma dari Al Quran.
"Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncang alam (sehingga mati segala yang hidup dan punah ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan). Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula dan keluar dari kubur masing-masing)." (Surah Nazi'at : 6-7)
Sebenarnya, semua agama pun percaya pada hidup selepas mati. Aku ada interview sikit kawan-kawan aku. Mostly, kepercayaan tentang karma. Alar. Yang kalau buat jahat, bila dia hidup balik, dia akan jadi benda yang hina. Kalau baik, dia hidup balik jadi benda yang mulia. Camtulah. Aku tak berani nak ulas kat sini sebab dorang sendiri pun tak berapa pasti. Tapi ada di antara kita tak percaya hidup selepas mati. Tapi kita percaya pada mimpi. Eh? Apa kaitan?
Mimpi ni sebenarnya keadaan kita mati sebentar. Bila kita tidur, kita akan pergi ke alam mimpi. Kita dalam keadaan koma tapi koma sekejap. Bila kita terjaga, roh akan masuk balik ke jasad kita. Sama konsep dengan hidup selepas mati nanti bila roh akan masuk ke jasad semula.
Tapi Tqah. Jasad kita dah hancur. Macam mana boleh terbina balik?
Bukti kebanyakan ada di sekeliling kita. Antara korang rajin nak tengok and kaji je lar. Kalau maleh, tak dapek ler den nak tolong. Korang still nak baca? Giler gigih korang. Terima kasih....... :')
Kita belajar pasal tumbuhan dulu. Eh? Pehal tumbuhan lak ni? Kejap lar korang. Satu-satu. Aku ambil rumput lar senang. Rumput ni tumbuh atas tanah an. Of course lar ateh tanah. Lepas tu dia akan memanjang. Tapi tiba-tiba, musim tu musim kemarau lar pulak. Maka mati lar semua rumput tu. Kering kontang. Beberapa hari kemudian, turunlah pula hujan. Dan akhirnya, hiduplah semula dengan rumput yang hijau lagi segar.
Ada nampak hint apa-apa? Ok. Tengok gambar yang aku tunjuk kat atas tu. Yang tulang2 tu.
Kita sebenarnya dicipta dengan satu tulang yang sangat halus. Nama dia coccyx atau tulang sulbi. Tulang ni terletak kat bawah hujung tulang belakang kita. Dikatakan tulang ni takkan hancur. Mana dalilnya Tqah?
"Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali 'tulang sulbi', dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir," (HR Bukhari, Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu Majah)
Saintis sendiri dah kaji sampai bakar tulang ni untuk tengok ketahanannya dan memang coccyx je yang masih bertahan. Dikatakan bom nukleur sendiri tak mampu hancurkan tulang ni. Eh? Budak arkitek cakap pasal tulang? Kalau rasa doubt, korang tanya lar budak medik. Yelah...Aku tak study biologi...
Dan coccyx ni akan menjadi benih dan konsepnya sama macam rumput tadi.
"Dan Dialah (Allah) yang menghantar angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya)." (Surah Al A'raf : 57)
Dari ayat ni, apabila sangkakala kedua ditiupkan, hujan akan turun. Hujan ni berbeza dengan hujan yang kita tengok sekarang ni. Dan coccyx yang jadi benih tu, akan tumbuh dan terbentuklah jasad kita. Roh pula akan masuk seperti konsep kita baru terbangun dari mimpi.
Itulah serba sikit yang Ustaz Kabuye explain dalam kelas. Aku tak taulah korang. Bagi aku, ni sangat menarik. Maybe sebab first time aku dengar kot. So, apa salahnya kan aku berkongsi dengan korang semua? Banyak je bukti kat sekeliling kita. Agama kita ni menarik sebenarnya.
"Bacaan kita sebenarnya macam ni."
"Eh? Apa pulak? Salah lar!"
"Siapa cakap?"
"Cikgu sekolah."
Jangan ikut sikap orang Jahiliah. Ikut je apa nenek moyang dia buat. Kaji lah. Bacalah. Amboi. Skema kau, Tqah. Haha. Bukankah ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah saw, "Iqra"? "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
"I don't read our Holy book."
"Why so?"
"Because we are not strictly to learn about religion"
I'm glad to be a Muslim and I'm happy to learn about Islam though I'm not an ulama'. :)
Assalamualaikum. Macam syok je blaja dgn dia.
ReplyDeleteBtw, interesting story :)
Keep writing!
Waalaikumussalam. Serius best! Tak bosan. :) InsyaAllah, terima kasih
DeleteInsaf... -_-
ReplyDeletewooo... ok... long story but has some good points...
ReplyDeletebtw sy sgt2 sukeeeeeeeeeee ur panda hoodie... <3
dh followed u as requested