Sunday, 8 February 2015

Cara Untuk Tackle

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Minggu ni aku busy. Kalau ada masa terluang, aku duduk kat bilik and tertido sebab penat sangat.

Tackle bukan bermaksud tackle awek or pakwe. Kalau ada caranya, memang aku tak jadi forever alone ler. Nope. Tu bukan maksud aku. Aku terasa nak share cara untuk pergi interview biasiswa.

Percaya or tak, aku dulu tak tau pun kepentingan biasiswa ni. Aku just set mind aku, aku kena study betul2 so that aku tak payah amik PTPTN. Aku memang tak tau apa2 jadi ayah aku yang isikan semua form. Tau2 aku kena pergi interview. Tu je.

Of course, sebelum korang nak mohon pun, kena lar study. Hang ingat, result gempak boleh datang dengan korang yang baring atas katil dan tenung ceiling? Tapi sekarang SPM dah habeh an? Nak tunggu result lak. Tawakal.
Korang ingat L ni pandai camtu je ke? Dia pun baca buku kot. Tengok live action Death Note 3
Jangan cepat mengalah. Contoh, result korang tak memenuhi requirement tuk korang mohon biasiswa. Jangan berhenti! Mohon je. Dapat tak dapat belakang cerita. Ada kawan aku, dia terlalu yakin dia takkan dapat. Dia dah mohon tapi fikir, takkan dapat pergi interview. Bila aku pergi, aku nampak nama dia and rupa-rupanya, dia tak tau pun dia dapat. So, try and check result interview tu.

Korang kena sediakan resume dan sijil2 masa sekolah. Susun elok2 kat dalam satu fail besar. Make sure letak sijil yang paling tinggi peringkatnya kat depan sekali. Contoh kalau korang ada jadi penganjur program ke, fasilitator ke, itu yang terbaik. Ada yang jenis check sijil and kalau dia berminat dengan salah satu participation korang, itu kira bonus! Kawan aku ada cerita yang kawan dia dapat biasiswa just sebab dia ada anjurkan program je.

Ni anjuran G Umran Enterprise khas untuk melatih fasilitator. InsyaAllah, andai ada XGWa 2, boleh ler join.
Perkara penting! Tahu isu semasa! Masa ni lar orang yang interview korang tu akan judge korang ni jenis only 'by the book' or memang jenis 'yang ambil tahu'. Banyakkan baca newspaper. Tengok berita. Baca sistem politik, ekonomi dan sosial negara. Pernah ada satu kes, orang tu tanya, "Siapakah nama Sultan Melaka sekarang?" Macam2 nama lar keluar tapi takde sorang pun betul. Dan jawapannya ialah, "Kita mana ada sultan Melaka sekarang ni."

Next, korang dah kena ada study plan. Study plan tu ape, Tqah? Sejujurnya, aku dulu pun takde study plan. Ayah aku dah sediakan beberapa perkara sebelum gi interview jadi aku just baca je. Korang dah kena tahu, korang nak sambung course apa and belajar kat mana. Bukan takat belajar asasi/matrik/diploma. Tapi perancangan korang sampai ke degree/master/phD. 

Contoh macam aku dulu, aku cakap nak study architecture, tuk foundation dengan degree, aku nak study kat uia. Bila master, baru study luar negara. Dia tanya, kenapa aku nak study dalam Malaysia sedangkan orang lain semua nak luar negara. Haa. Korang kena ada alasan kukuh dengan perancangan korang tu. Benda ni untuk dorang tahu, korang ni betul2 dah ada haluan tuju ke belum. Barulah dorang yakin nak biayai korang.
Kenapalah aku tak pilih Australia.. Matluthfi dah boleh jadi senior aku kot. T_T
Ni penting! Kau ni Tqah. Semua benda pun penting. Paham betul2 dengan course yang korang amik. Since aku amik architecture, orang tu tanya pasal rumah tradisional kat Malaysia. So aku bercerita lar, apa sebab rumah Melayu bumbungnya curam, ada tiang tinggi, etc. Cam ada sorang yang interview dengan aku, dia amik engineering jadi orang tu tanya pasal gear. Kalau korang tak dapat jawab benda yang berkaitan dengan course korang, danger alert! Ni contoh soalan tau. Bukan kalau korang amik seni bina, confirm2 dia tanya soalan tu.

Kau ingat architecture ni melukis je? Ni haa. Aku sibuk buat report pasal Gazebo kot!
Escapisme. Mohon jangan jadi bodoh sombong. Kita manusia lemah dan banyak gak perkara yang kita tak tau. Cop. Escapisme ni ape? Contoh, korang tak tau jawapannya dan masa ni lah korang kena pandai untuk cover. Aku pernah ditanya tentang kreatif dan inovatif. Sejujurmya, aku tak tau inovatif tu ape. Jadi, aku bercerita banyak tentang kreativiti and tambah lak, 'Top chef' untuk kuatkan lagi. Fokus orang tu terpergi lak ke 'Top Chef' yang aku cerita.

Wings of Freedom! The Scout Legion
Mohon jaga adab. Pakaian make sure sopan dan menutup aurat. Sila pakai kasut. Gadis, sebaiknya pakailah baju kurung dan tudung, kemas. Tak payah bajet2 gengster. Lelaki, pakai blazer, seluar slack. Bila masuk, kasi salam. Jangan duduk selagi dia tak bagi. Bila bercakap, pandang ke muka dorang. Dah habis, salam orang yang interview korang tu and cakap terima kasih. Opps. Lelaki salam lelaki. Perempuan salam perempuan. Bila orang lain bercakap, jangan mencelah. Kalau duduk pun, duduk dengan tegak.

Dan yang terakhir, bercakap dengan yakin. Camne nak jadi yakin? Haa.. Anda kenalah bersedia. Tak bersedia, memang kabut ler. Tunjukkan betapa professional nya korang. Yakin takpe. Berlagak jangan.

Oh. Ada satu lagi tips, insyaAllah andaikata korang dapat biasiswa. Jangan lupa, bagi beberapa bahagian untuk family. Jangan kedekut. Perbanyakkan sedekah. Belanja kawan2. 'Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkanlah dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda'.

One more thing.......just be yourself. Good luck!

No comments:

Post a Comment