~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
Dari aku darjah satu sampai Tingkatan 3, sangatlah common apabila bertembung dengan cikgu, kena bagi salam.
"Assalamualaikum cikgu."
"Selamat pagi, cikgu."
Ada cikgu yang jawab, ada yang pandang ke depan dengan muka masam. Bayangkan setiap kali perhimpunan, murid2 akan ditegur, "Bila jumpa dengan cikgu, bagi salam. Cikgu lebih tua dari kamu jadi kamu semua kena hormat."
Mak aku pun cikgu dan bila dah naik pangkat ke GPK HEM, mak aku akan bawa rotan ke mana2. Siapa tak bagi salam, mak aku akan tenung dengan mata tajam and bersiap untuk rotan.
Tu masa aku sekolah lama.
Aku pindah sekolah masa Tingkatan 4. Sekolah yang aku pindah ni, mak aku cakap, budak2nya kuat gaduh. Bila aku cakap nak pindah sekolah ni pun, ada yang cam buat muka. Tapi mak aku cakap, walaupun budak2nya nakal tapi respect level dorang sangat tinggi.
I've got to admit, it was true.
Dan ada satu lagi benda tambahan yang sangat unik pasal dorang semua ni.
Aku dan kawan aku tengah berjalan ke tandas. Sedang kitaorang berjalan, kawan aku tiba-tiba bersuara, "Assalamualaikum makcik."
Makcik yang tengah sapu lantai tersenyum, "Waalaikumussalam."
Since kawan aku dah bagi salam, aku cam tak tentu arah sikit. Aku senyum and tunduk sedikit, tanda hormat. Makcik tu pun buat benda sama.
"Kau bagi salam kat makcik tu?"
"Yelah. Dia kan lagi tua."
"Owh.. Kat sekolah dulu, budak2 semua kasi salam kat cikgu je."
"Yelah. Dia kan lagi tua."
"Owh.. Kat sekolah dulu, budak2 semua kasi salam kat cikgu je."
"Owh yeke. Hmm.. Mungkin sebab bila aku tengok makcik2 ni, aku teringat kat mak aku kot. Yelah. Mak aku pun kerja macam ni gak."
Betul. Kebanyakan mak students kat sekolah ni, kerja mereka hanyalah cleaner. Ada yang tidak bekerja, jadi suri rumah. Semenjak tu, aku biasakan diri beri salam kat makcik-makcik cleaner gak.
Dah masuk UIA ni, aku kena amik kelas leadership. Lecturer aku pesan, "Kalau kita nak jadi pemimpin, kita kena rasa apa perasaan bila ada di bawah. Kalau awak tengah mop lantai dan tetiba, ada orang pijak. Marah tak? Haa.. Awak bayangkan perasaan makcik cleaner bila awak buat macam tu."
Heartbreak.
Kitaorang ada buat community service which bagi roti dan air kat makcik2 kat UIA ni. Lecturer aku tanya, mana selalunya port makcik2 ni. Kebanyakan jawab, tandas, stor, bawah tangga. "Tengok. Makcik2 ni sebenarnya rasa sangat hina dan rendah diri bila dengan pelajar2 universiti. Tempat mereka duduk pun, tempat yang gelap dan tersorok."
Aku perasan. Lecturer aku sangat mementingkan isu hormat kepada makcik cleaner. Aku bersyukur.
Setinggi mana pun darjat kita, kalau tanpa mereka, tak mungkin dunia ni akan bersih. Bukan sahaja makcik cleaner. Sehebat mana pun arkitek design satu bangunan, tanpa tenaga buruh, bangunan tu takkan terbina.
Masa tu, aku makan dengan kawan2 aku kat kafe. Habis je makan, aku angkat pinggang dan cawan.
"Eh? Kau nak gi mana ni?"
"Nak bawa pinggan cawan ke situ." (aku tunjuk ke arah tempat bekas adanya pinggan cawan kotor)
"Kau dah kenapa baik sangat? Hahaha.."
Dorang semua gelak. Aku pun gelak sekali sebelum letak pinggan cawan ke tempatnya. Teringat lak pesanan lecturer aku.
"Awak semua tahu, kalau negara orang putih sana, dorang takde pun cleaner. Kalau kat KFC ke, McD, tray dorang tu, dorang akan angkat and letak kat tempat letak pinggan kotor tu. Kita Muslim tapi kita tak praktikkan pun amalan ni sedangkan Islam sangat mementingkan kebersihan."
Our Community Service
No comments:
Post a Comment