Saturday 14 March 2015

I Want To Touch Your Heart

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~


Aku busy. Maka blog ni pun bersawang dengan banyaknya.

Kawan aku, Putri ada share program ni kat wall fb dia and bila aku nampak, I was like, "Hey, there's Syed Azmi. This could be interesting." However, since the workshop itself is called 'Pharmaline Workshop' and cam fokus kat pharmacy, so I scrolled down.

Then, Putri tanya kot dia boleh tumpang bilik aku malam ni since the place is like 30minutes from UIA. And dia ajak kot aku nak join. And then I was like, "Hey, why not? Kau dah gi workshop education kan haritu. Kita redah lak gi farmasi (walaupun aku tak suka medical science ni)." So yes. Aku register. So, thank you Putri sebab mengajak.

Target about 8.15pagi akan sampai situ tapi disebabkan waze yang sangat pandai (salahkan waze), kitaorang tersesat and sampai dalam pukul 8.35pagi. Tapi bila kitaorang sampai, nampak orang yang register tengah berdiri tegak. Dorang tengah nyanyi lagu (I don't know what song but I just stand straight). After registered, dorang bawa kitaorang ke pintu belakang and good thing is, we get to sit at the front.

It was quite surprising sebab kalau certain program, kalau kata start 8.30pagi, pukul 9 tu baru start. Habeh pun lambat. Rupa2nya, pendaftaran start pukul 8 ke 8.30pagi. Tepatnya waktu, terus start program. Kalau perasan, speaker selalunya akan ditegur yang dia ada dalam 5minit lagi nak bercakap. Tapi masa talk ni, takde teguran langsung. It's like cukup2 1jam which is quite good. And audiences can ask how many questions they like, not like certain program when they limit into a few question only.

Okay. The main reason aku datang ke talk ni pun sebab Syed Azmi je. I don't normally go to talks, forums and all because I feel sleepy easily. Okay. Maybe some of you would ask, "Who's Syed Azmi?" Aku rasa kita tak boleh lar nak teruskan dengan sikap suap menyuap ni an. So, how about you google it sebab confirm memang akan terpampang bape page pasal dia je.

Maybe ada yang cam, "Kau sokong dia ke Tqah? Ni pasal halal haram kot!" Program ni bukan berkaitan dengan tu pun. Suka hati aku lar nak pergi ke tak.  "Tapi Tqah, bila kau nak pergi jumpa dia, kau sokong dia lar." Haih.. One thing about me, just sebab dia buat satu kesalahan, kau nak tutup segala kebaikan yang dia pernah buat?

He's been touching people's heart long before he touched a dog. What have you touched besides keyboard, judging people you don't know? -Matluthfi-

Okay. Let's skip that.

So dia adalah the first speaker. What I like about it is that aku tak rasa mengantuk langsung apa dia cite! Putri sampai cakap, "Kan best kalau dia jadi lecturer aku. Tak tido aku." Aku pun jawab, "Okay. Kau amik dia as lecturer. Aku pulak amik Matluthfi jadi lecturer aku." Ah. Merepek pulak.

Dia cerita dulu timeline kehidupan dia. Dari dia belajar and akhirnya bekerja and selalu tukar2 tempat kerja sebab dia cepat bosan. Hinggalah ada satu ketika bila dia jumpa sorang pesakit ni and tanya, "How are you feeling today?" Dan pesakit tu menangis and kata, "Even my children didn't ask me that question."

Dia kata, bila dia kerja, dia tak rasa a lot of emotions and feelings. It's all about numbers and all. Tapi selepas tu, dia terfikir, 'so what if I'm not in this world anymore, who's gonna take care of my father?" And the first people that came into his mind are his neighbours. So, dia berbaik dengan jiran dulu. It was embarrassing tapi disebabkan niat dia tu, dia teruskan gak. And akhirnya, dia bertekad untuk buat charity work so that people know him but his own name. Cam contoh, orang kenal aku as Atiqah not as anak Safian. And good things come to you if you do good things to others.

Daripada situ lar, dia bercerita beberapa event yang dia pernah buat. Pregnant Train pasal awareness in giving seats to woman who are pregnant. Free market pasal giving free things to others in condition, you have to ask nicely. Nice Notes pasal budak2 tulis kata2 semangat ke pape atas kertas and they'll put them in public. Sukaneka Rakyat pasal permainan tradisional. Deaf Restaurant pasal orang bisu dan pekak akan menjadi waiter/waitress and we have to speak sign language to them. Street Solat pasal solat bersama2 orang gelandangan. Suspended Meals yang kita beli dua, satu tuk kita and satu lagi suspended and orang lain boleh amik secara free. Pit Sahur, belanja orang hospital tuk sahur. 

Other than his stories, aku suka kata2 semangat dia. "You are not set to do one thing." We're not robots for sure so we can do so many things based on our own capabilities. "We need to meet up people because that's how you understand emotions".

Ada orang kata, bila dah jadi kaya, baru nak buat charity work. Dia pesan, there are things that rich people don't have. 1. They don't have your time because they're too busy counting money. 2. They don't have your energy because they're too busy using their energy to find money. 3. They don't have your knowledge.

When you found the opportunity, grab it. Don't be a follower. Ada orang tanya, macam mana nak volunteer dengan program dia. Dia cakap, memang mostly dia akan promote lar program dia. Tapi usually, dia akan bagi kebebasan kat kita sendiri tuk buat pe kita nak. Ok. Kau kol dia and cakap, kau nak buat volunteer work. Dia akan tanya, ok, volunteer apa? Contoh, kau nak buat aktiviti dengan orphanage. Dia akan tanya lagi, aktiviti apa yang kita nak buat? Kiranya, kita sendiri yang macam seolah2 cadangkan program tuk dijalankan bersama2 dia and yes, insyaAllah akan direalisasikan. That is why dia cakap, don't be a follower and be creative.

Ni sebenarnya benda aku nak belajar. Bukan nak cari salah silap dia yang dah berzaman tu.

Habeh je talk, aku cakap kat Putri, aku nak amik gambar dengan dia. Putri pun sama. Aku cakap, once aku nak, aku nak gak. Makanya, kami sanggup makan dekat2 dengan meja VIP. Habeh je dia makan and nak balik, aku dengan Putri dengan tak tau malunya terus redah, 

Me : Can we take a picture with you? (dalam hati, janganlah PA dia ni halau aku pulak)
Syed Azmi : Yeah. Sure.

Dia siap cari spot cantik lagi. After snapping pictures, dia tanya course mana.

"Aahh.. Architecture student. I'm sure you're creative enough to create new things. Don't be introvert, okay?" he said.

Aku sebenarnya nak cakap, "I came here to meet you!" tapi aku cam, control Tqah...control....

P/S : Mesti ada yang tanya, speaker satu lagi kau tak nak cite ke? Bukan pe. Speaker sorang lagi banyak cakap pasal farmasi, ubat-ubatan.......aku tak paham.

1 comment: