Thursday, 18 December 2014

Salah Siapa?

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Jarang aku bercerita tentang satu pengalaman aku ni kat orang. Aku pernah jadi cikgu sementara sebelum aku sambung degree. Since aku dah bosan sangat duk rumah ni, so aku pun cari ler keje. Inilah pekerjaan yang paling nightmare aku pernah buat sampai kalau aku termimpi jadi cikgu balik, aku berharap sangat aku cepat bangun.

Aku kena mengajar budak2 darjah 2 dengan 3. So, korang bayangkanlah hyper dorang tu camne.

"Teacher! Teacher ajar kitaorang ek?"
"Teacher! Teacher umur bape?"
"Teacher! Nak tolong!"
"Teacher! Tengok dia ni, kacau saya!"
"Teacher, tandas."
Pening gak kepala aku.

Ada gak boleh berjalan2 masa kelas. Bising pun ada. Homework? Tak buat wei. Bila dah bising tu, yang dah start migrain tu. Bukan takat kat kelas je.

"Eh kak. Akak tengok Mr Arrogant semalam? Amboi, kemain hensem dah dia."
"Izzue Islam tu ...  blah blah blah (tak payah cite kot)"

Urgh. Kat bilik cikgu ni pun bising sebenarnya. Penat. Maka aku tido kat dalam bilik cikgu tu lepas dah habis tanda buku. Ada bebudak tanya soalan yang nampak simple tapi payah gak nak jawab.

"Teacher, kenapa teacher pakai tudung labuh? Kadang2 saya terpanggil teacher ustazah."
"Sebab nak tutup aurat."
"Tapi kenapa teacher pakai tudung kat dalam lagi?"
"Sebab teacher tak nak orang nampak leher teacher."
"Tapi kenapa cikgu lain tak pakai pun?"
"Err.. Sebab tudung dorang tebal kot."
Pernah gak aku meletop dengan bebudak ni. Sebab bega naa. (fyi, bega tu degil) Sekali tu ada budak lukis benda lucah. Ape lagi. Aku bawa budak tu ke cikgu HEM. Menangis budak tu. Then aku belikan aiskrim lepas dia janji tak buat lagi. Urgh. Cara bribe aku ni~ Kadang2 bribe juga guna gula2.

Since aku cikgu English, so aku kenalah cakap omputeh an dalam kelas tu. Tapi ni respon dorang.

"Teacher! Cakap lar bm! Kitaorang tak paham!"

Aku pun menurut perintah. Cett. Camne nak kasi dorang paham english kalau camni Tqah oi.

Cikgu2 ni diberikan buku log tuk report apa yang kitaorang dah ajar kat students. Siap ada schedule minggu tu kena habiskan silibus apa. Ikutkan, setiap minggu kena habiskan satu chapter. Agak terkejar2 lar gak tuk aku habiskan. Pening gak kepala aku nak pikir cara kreatif nak ajar dorang ni. Siap bawa LCD projector lar, nak ajar bebudak ni guna video.

"Teacher! Bukalah youtube!"
Cett. Kasi betis, nak paha.

Tapi yang paling aku stress ialah bila aku terpaksa teruskan silibus walaupun ada bebudak yang tak paham. Last2, aku pun like, 'screw this schedule! screw this log book!"

Aku ajar bebudak tu sampai paham walaupun minggu tu kena belajar benda lain. Biaq pi laa! Aku ajar past and present tense and Alhamdulillah, tiap sorang paham. Tu lar achievement yang paling aku bangga saat tu. Sampailah satu hari tu......

"Kak, nak tahu tak. Tadi saya pergi lar kelas 6 ____. Kelas kedua tu. Tapi masalahnya nak guna articles (a, an, the) pun tak reti! Ya Allah. Dah darjah 6 pun tak reti2 lagi."

Kita duk terkejar2 silibus. Lepastu kita complain dorang tak paham. Salahkan student tak study. Kalau camni sistem kita, maka aku bersyukur tolak tawaran sambung study ke IPG.

"Teacher! Kenapa teacher selalu parking sebelah kereta ustaz? Teacher suka ustaz ek?"
"Eh?? Apehal lak teacher? Teacher selalu datang awal ok~ Tanyalah ustaz kenapa."

And dorang betul2 tanya. Cett.

No comments:

Post a Comment