~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
"You orang, semua benda pun haram!"
"Ape pulak? Memang kita tak boleh pakai seksi2."
Aku dengan kawan aku cuba kuatkan hujah against classmate kitaorang tu.
"You Islam,tu tak boleh. Ni tak boleh!"
Dia berbangsa Buddha. Maybe silap kitaorang kot sebab tak cukup ilmu. Yelah. Dahlah jahil.
"Cerita sikit pasal kristian."
"Saya tak tau lar."
"Kenapa lak? Bukan you selalu pergi church every sunday ke?"
"Pergi tapi saya tak dengar pun."
"Apa lar. Apa guna you pergi tapi tak dengar?"
Lawak giler bila aku pikir balik. Aku siap cakap dengan kawan aku, "kalau agama dorang betul, bukan patut dorang tau apa yang dorang belajar?" Padahal ilmu aku pun centek. Nama sebenar 4 imam pun fail. At least, dorang pergi gereja. Aku? Usrah pergi? Ceramah pun tido.
Dah masuk universiti, dah lama gak aku tak communicate dengan non muslim. Bukanlah tak bercakap langsung. Cakap lar tapi cam stranger lar. Dah lama tak berkawan dengan non muslim. Dah lama tak borak2 pasal agama masing2 walaupun end up gaduh and then member balik.
Apa aku nampak sekarang ni, sekeliling aku Muslim. Masing2 sibuk, 'kau tau tak islam haramkan ni?" "Islam menyuruh kita blah.. blah.. blah.." Apa yang aku dengar hanya larangan dan suruhan sampaikan aku tak nampak 'kemudahan' yang dikatakan semua.
Pagi tadi aku gi kedai buku Sinaran dengan ayah aku. Kat counter, cashier dengan customer tu tengah bercakap bahasa mandarin. Aku tak paham lar. Dah aku tak pernah study mandarin. Then cashier tu cakap.
"Dia cakap, dia mau kasi kad ni sama kawan melayu dia. Tapi dia cakap, tak boleh sebab ada gambar ini. Boleh ka kasi?"
Aku pandang kad tu. Tergelak sikit dalam hati.
"Boleh aunty."
"Boleh ka?"
"Ye, takde apa2 pun. Aunty jangan risau."
Dia happy and simpan kad tu. Kad tu ada gambar bear.
Aah. Korang boleh gelak. Aku sebenarnya risau. Risau dengan cara kita.
"You orang, semua benda pun haram!"
Aku teringat balik kata2 classmate aku 4 tahun yang lalu.
"You orang, semua benda pun haram!"
Aku teringat balik kata2 classmate aku 4 tahun yang lalu.
Assalamualaikum. Tahniah at least jawapan anda telah berjaya merungkaikan kekaburan aunty tu, itulah pentingnya kita membezakan antara yang halal dan harom biarpun ilmu kita still senipis kulit bawang. Tahniah. Jom sama-sama kita tukar tukar pandangan jemput ke blog saya Assalamualaikum. Bagus at least anda dah meleraikan kekaburan aunty tu, http://mummyfiras.blogspotcom/
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih. :)
Delete