Sunday 4 January 2015

Memang Aku Tak Ikhlas

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Hak milik Inche Google
Sesiapa yang pernah follow blog lama aku, maybe pernah baca entry ni. It's just something that I love to share. Ini kisah lama dan kisah yang susah aku nak lupa.

8 Tahun dulu

Adik aku ajak pergi ke Kem Motivasi kat Ulu Sepri. Rasa pelik plus nervous sebab selalunya aku pergi kem yang dianjurkan sekolah. Ni first time aku pergi yang bukan under sekolah and tanpa member. Aku ada member ke masa tu? Hmm.. Tapi aku memang suka pergi kem or apa-apa je aktiviti yang takde kaitan dengan 'duduk dalam kelas, dengar cikgu ajar and buat homework'.

Selepas daftar, aku dengan adik aku pun keluarkan barang dari kereta sikit-sikit. Masa perjalanan aku dari dorm ke kereta, aku bertembung dengan sorang laki ni. I was like.. erh.nyampah. Dalam hati aku, "Bajet cool sangat lar tu." Aku sebelum tu, memang jenis cepat nyampah dengan laki. Kalau diikutkan, aku pernah marah group laki ni and I don't even know them. Bagus sangat lar perangai gitu an Tqah. =='

Since kem ni kem yang praktikkan agama gak, so of course, I need to wear tudung. Well, aku tak banyak baju lengan panjang but thank God aku ni jenis suka pakai jaket (sampai sekarang) so aku sarungkan je lar. Aku memang cam chipsmore bab pakai tudung so cam takdelah kekok nak sarungkan walaupun tak maintain and nampak selekeh giler. Owh. Aku memang jenis tak kisah bab penampilan aku pun.

Bermulanya kem and dibahagikan group. Masa tu an, laki lagi ramai dari perempuan. Pelik an? Zaman sekarang, laki cam dah nak pupus. Setiap satu group kena present, nama logo and nama ahli. Group aku settle. Then, group laki yang bajet cool tadi lak present. Kawan dia sorang tu yang present, dia duk pegang kertas mahjong. Aku dengar je lar. And then, tetibe aku rasa cam.... Boleh tahan gak mamat ni. And there you go. My first crush ever.

Masalah terbesar aku. Rupa-rupanya aku ni memang pemalu yang teramat-amat. Sometimes, aku ada lar gak curi-curi tengok. And bila aku detect dia cam nak toleh, aku pandang tempat lain. Merah and panas muka aku. Tapi tu memang rutin aku. Takde life an? Tapi takdelak aku nak make a move ke apa. Hei, make a move tu bukan lar gedik2 ngorat gitu. Gila? Maksud aku cam gi tegur lar cam biasa.

Tapi sepanjang aku curi-curi tengok tu, aku perasan dia suka pakai baju warna peach and seluar jeans. Seluar jeans dia (yang bahagian hujung kaki), dia lipat. Semenjak dari tu, aku pun lipat seluar jeans aku. Sampai sekarang.

Hari kedua tu, kitaorang kena cam berkenalan lar antara satu sama lain. Ambil tahu nama penuh, tarikh lahir, asal, sekolah, no handphone. Apa2 je lar as long as bertanya. So moderator gave a few minutes. Untuk perempuan, memang aku khatam semua lar an (yeke? tak ingat). Aku pandang laki tu balik. Dia cam mundar-mandir tak tahu nak tanya siapa. Dia tak nak tanya aku ke?

Tetibe sorang laki datang. Kawan dia tu. Aku buat muka cam pelik dengan dia. Dia angkat kening sebelah sambil tangan dah siap pegang pen, ready nak tulis maklumat pasal aku. Haih. Lain yang diminta, lain lak yang datang. Aku pun bagi je lar.

Hari ketiga, hari terakhir. Aku still tak tahu nama dia. Jadi apa aku buat? Tiap kali lepas makan, kitaorang sendiri kena basuh pinggan and cawan masing-masing. Plus kena lap! So, sedang aku cuci pinggan, aku dah nampak dia masuk ke dalam, nak gi lap pulak. Pergh. Sepantas kilat aku cuci and terus gi ke meja tuk lap.

Sedang dia lap, aku pun berdiri betul2 bertentangan dengan dia. Konon sambil fokus lap, aku jeling sikit tag nama dia. Zul. Aku tersenyum tapi paksa diri cover. Ye. Aku syok sendiri.

Masa closing ceremony, aku cam berharap sangat lar ayah aku dengan ayah dia kenal ke apa. Tiba-tiba dorang bertegur and dia pun berkenalan lar dengan aku an. Mimpi je lar. Korang ingat ni novel? Ingat ni movie and drama Melayu yang cliche tu? Yes. Nothing really happened. That was the last time I ever saw him. I think.

Lepas kem tu, aku dengan adik aku balik. Dah masuk Asar jadi aku pun solat dengan ada satu niat dalam hati. Habis tu, aku berdoa. Berdoa dengan bersungguh-sungguh.

"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan dia. Aku akan pakai tudung tapi aku cuma berharap ganjarannya, Kau temukanlah kami kembali."

Oh yes. That's my du'a. Semenjak tu, aku pakai tudung. Well, not exactly a tudung. It started out, with covering my hair. Tapi gradually covers that what is needed to be covered, InsyaAllah. Seriously, I waited. Aku tunggu kot. Dah 8 tahun rupanya. Aku pun tak ingat since when aku move on. Tapi yang aku ingat, aurat yang dijaga sekarang, bukan disebabkan dia lagi. Memang aku tak jumpa dia. Again aku ulang, ini bukan novel mahupun movie. 

Aku tak tahu lar kot aku dengan dia ada bertembung tapi aku tak perasan ke. I know nothing about him except the name and where he schools at. Kadang2 bila aku pergi sekolah dia, mata aku ada gak mencari-cari but no, I did not meet him. But I'm glad to meet him for three days.

3 Tahun Selepas tu


"Pakwe dia suh dia pakai tudung. Bila dia pakai and suruh pakwe dia berhenti merokok, boleh lak laki tu tak nak? Hisy. Dia pun pakai semata sebab laki dia. Kita kena pakai sebab ikhlas."
"Owh yeke."

Aku hanya mampu tersenyum. Andailah mereka tahu, ikhlas tu datang dari pelbagai cara jika Allah izinkan. Kita hanya perlu bergerak.

6 comments:

  1. keikhlasan tu datang dari pelbagai keadaan.. kan...??? kuat semangat awak... hehe.. ^_^ teruskan... ikhlas kerana Allah.. ikhlas kerana agamaNya... insyaAllah.. ada balasan di akhirat kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Moga kita semua terus istiqamah dan berubah menjadi lebih baik. :)

      Delete
  2. bestnya story awak. that moment bila kita tahu dia our first crush ever. saya pon ada story pasal crush ni. tapi sayang, tak terbalas. so azam utk 2015 ni, cuba lupakan dia. thats it. hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. story biasa je pun. (=v=') takpa. hasben menanti. :D

      Delete
  3. Past is past.. Hehehe. Sabar yer awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takde apalah. Sometimes keikhlasan tu datang dari benda yang kita awal2 tak ikhlas. :)

      Delete