Monday 19 January 2015

Perang Lar Sangat

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Lama tak blogging. Sebenarnya aku takde idea. Lepas post 'Aku Hidup Balik' , aku tak berani nak post apa2. Takut tak memuaskan korang. Cett. Cakap macam ramai je baca blog kau, Tqah. Memang bulan ni banyak je cerita kontroversi bagai tu tapi aku tak berminat. Ramai sangat dah post jadi aku rasa, tak perlu lar kot untuk aku menambahkan lagi.

Aku teringat 3tahun lepas kot. Aku pernah join kem under FSCC ( Foundation Student Coordinator Council) kat Johor. Even dah lama, aku still ingat satu scene masa kat sana.

Lepas solat Isyak (dan makan, of course), kitaorang kena main game Perang Belon Air. Ok. Tu bukan nama game dia tapi aku tak tau nama so aku kemain letak je lar. Kitaorang ada 4kumpulan and macam tipikal rumah sukan kat sekolah dulu, setiap kumpulan ada warna masing2 iaitu kuning, merah, biru dan hijau. Aku kumpulan BIRU! My favourite color.

Permainan ni waktu malam.......dan keadaan dia macam hutan sikit walaupun bukanlah hutan rimba. Tapi kitaorang tak dibenarkan pegang lampu suluh. Maka bayangkanlah peperangan dalam kegelapan. Dan setiap satu kumpulan ada kubu masing2. Tak aci nya, kumpulan merah dengan kuning, memang dalam gelap. Tapi kumpulan biru dengan hijau, kubu dekat dengan dewan jadi memang nampak lar an.

Misi kitaorang ialah, mesti merampas semua bendera pihak lawan dan senjata kitaorang cuma belon air. Disebabkan aku tak nak tudung kesayangan aku basah, aku pakai pashmina (tudung cam selendang tapi tebal). Eh? Bukan kalau pashmina ni macam nak melaram ke? Pashmina tak payah seterika jadi tu je tudung extra aku bawa. And aku tak suka pakai pashmina. Lalalala...

Kumpulan aku buat strategi, lelaki jadi penyerang dan perempuan jadi benteng untuk lindungi bendera. Baguihnya bila perempuan jadi benteng, lelaki takkan berani nak sentuh hang sebab hang perempuan. Lelaki bukan mahram mana boleh sentuh perempuan bukan mahram, meyh.. Indah kan Islam? :D

Daripada Ma'qil B Yasar r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

FSCC ni kira organisasi yang cam tahap (bagi aku lar) tinggi gak lar. Jadi, maybe kita boleh bayangkan budak2 yang serius. Tapi.......

DRAMA JE LEBIH BEBUDAK NI.

SYAHID
MUJAHID
ALLAHUAKBAR
JIHAD

Dorang duk jerit2 lar perkataan ni, konon perang bebetul. =.='

Tapi lama giler game ni. Aku dah sampai menguap2 lar. Sampaikan aku pun dah jadi penyerang sekali sebab dah bosan duk jaga kubu. Dan malam tu, aku rasa sebab bebudak ni dah bosan sangat, they came out with a new idea.

KUMPULAN BIRU DAN HIJAU BERSETUJU UNTUK BERGABUNG.

Aku rasa dorang nak habehkan cepat, tu keluar idea ni. Siapa student UIA, mungkin kenal dua ketua group ni, Aiman Azahan dan Farid Wajdi (atau dikenali sebagai Mufarwa Farid). Haa.. Tu sebab depa dua ni banyak join program kat luar and uia. Tengoklah otak depa ni camne. (asal aku cakap kedah ni?)

Mula2, kumpulan biru dah berjaya kumpul dua bendera tapi kitaorang dah blur nak buatpe. Nak amik bendera kumpulan hijau lak ke? Nak buat ape ni? Dan dua bendera tadi dirampas semula. Kitaorang serang balik dan kumpulan hijau berjaya rampas satu bendera lawan. Ketua aku pun cakap,

"Kita kasi bendera kita kat group hijau. Lepas tu, kita serang satu lagi group."

SEMUA SETUJU DAN AKHIRNYA, GROUP HIJAU MENANG!

Bagi aku, aktiviti malam tu memang lain dari lain. Sebab aku tak pernah lagi join program yang sanggup bergabung dan akhirnya, bagi kemenangan kat group lain. Runningman pun still ada ego nak menang tau walaupun awal2 bergabung.

Aktiviti pada malam itu berakhir apabila salah seorang daripada kami berkata....

"Inilah hasilnya apabila bendera biru dan hijau berkerjasama. Eh?"

Semua pun duk 'EH' sekali. Aku tergelak kat belakang.

3 comments: