Wednesday 21 January 2015

Asal Nak Study Architecture?

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
Hak Milik Tqah yang tak reti guna sketchup
Nama aku, Atiqah Farhana Binti Safian. Sekarang aku tengah study Bachelor of Science of Architecture atau dalam bahasa melayu, Seni Bina. Aku study kat IIUM tapi lebih dikenali ramai sebagai UIA. Sekarang, aku pelajar 2nd year.

Ok. Enough Intro.

Sekarang, borang UPU pun dah keluar dan aku boleh agak, ramai budak lepasan SPM akan fikir, nak masuk universiti mana and nak study course apa. Adik aku pun lepasan SPM gak. Dia tengah main handphone sambil whatsapp dengan kawan2 dia. Aku nak cakap yang sebenarnya, dia pun tengah dilemma lar nak sambung apa.

Aku hanya mampu explain pasal Architecture je lar since aku belajar course ni. Bagi yang memang minat architecture, boleh teruih baca. Sapo yang tak minat, antara korang boleh tutup terus or maybe korang berminat nak tau, boleh je baca. Bukan apa. Ada kawan aku sebenarnya nak amik medik, tapi dapat course architecture. So, maybe korang boleh discover dulu subjek ni daripada terus terima membuta tuli.

Ok! Asal nak amik architecture?

Ada yang nak amik sebab minat. Ada yang nak amik sebab dia pandai lukis. Ada yang nak amik sebab nampak cool. Ada yang nak amik sebab boleh jadi kaya nanti. Ada yang nak amik sebab kau nak jadi macam Matluthfi atau hebat melukis macam Temerity. TEETT!!

Sebelum korang semua nak amik subjek ni, korang kena kaji giler2 pasal architecture. Please. Jangan amik subjek ni sebagai last option korang.

Architecture sebenarnya ada 3parts. Tapi sebelum ke tiga part ni, korang kena amik foundation(asasi) atau diploma dulu. Foundation depends. Ada yang setahun, ada yang dua tahun. Kalau diploma, tiga tahun. Lepas tu, korang akan sambung ke Part 1, macam aku sekarang ni. Part 1 amik dalam masa tiga tahun. Part 2 akan amik dalam masa dua tahun. InsyaAllah, UIA akan cam gabungkan Master dengan Part 2 ni. Aku tak sure sistem universiti lain macam mana. Part 3 selalunya orang amik bila dah keje tuk dapat gelaran AR.

Kesilapan manusia apabila sebut 'Architecture' ialah pertama, kalau kau pandai lukis, kau boleh sambung architecture. Kedua, kau takde exam. Ketiga, kau melukis je. Keempat, kau takde life. Kelima, architecture ni senang. Ok.. Aku tak tau yang lain. Tapi mostly ni lar yang orang selalu nampak. 

Kalau orang suruh masuk architecture sebab kau pandai lukis atau kau hebat dalam subjek Lukisan Kejuruteraan, makanya baik korang jadi artis (orang yang buat art, bukan nyanyi atau berlakon tu), atau maybe boleh jadi draftman atau maybe boleh jadi graphic/web designer. Semua ni melibatkan lukis apa. Kecuali draftman dengan graphic designer lar kot sebab dorang dah guna komputer dah sekarang, tak guna manual.
Awat hang chubby sangat? Aku rasa aku kena amik graphic design lar
Kalau bab exam dengan melukis, jangan tertipu. Aku ada exam setiap semester woi! Kecuali semester tu, subjek kau cuma subjek praktikal je. Tapi bila dah study Degree ni, jangan harap lar takde subjek teori.

Ni apa yang lecturer cakap, "Architects are the most intelligent people." Ye. Korang maybe cakap, bukan doktor ke? Saintis ke? Aku tak boleh nak setuju gak statement tu sebab aku takdelah pandai pun.

Syarat pertama yang korang kena buat kalau nak study architecture. Korang kena rajin. Ye. Sangat rajin. Aku pemaleh, tu tak pandai. Result pun teruk tiap semester. Architecture memerlukan kajian yang sangat tinggi. Kajian bukan takat, macam mana nak buat bangunan ni nampak cool. A good architecture is based on function, not form. 

Maksudnya, arkitek ni kena pandai buat bangunan tu selesa, berfungsi dengan baik, selamat, ruang yang walaupun kecil tapi nampak luas, dan paling penting, memenuhi kehendak pengguna (manusia lar tu). Contoh lar, korang buat ruang tamu. Nampak cantik tapi gelap sebab takde tingkap. Elektrik takdelak masa tu, jadi macam mana nak kasi bilik tu sejuk? Ruang pula kecik tapi tetamu ramai. Macam mana nak selesaikan?

Senang cerita, arkitek ni menyelesaikan masalah pengguna.

Hangpa jangan ingat arkitek ni tak study sains. Ok. Ni contoh yang aku study lar. Kitaorang pun kena study bahagian mata dan telinga. Aku amik contoh mata. Kita faham yang penglihatan orang tua kan semakin lemah. Kalau tengok sekeliling, mostly kalau tempat orang tua, mesti letak warna biru...hijau. Salah! Sebenarnya, kita patut letak warna yang terang. Cam warna solid lar. Biru sebenarnya warna paling tak sesuai untuk orang tua. Lampu. Kena study pasal lampu gak dan ada kaitan dengan kimia. Fizik pun ada.
Lecture Hall di Taylor's University. Assignment untuk acoustic project
Lagi contoh pasal kenapa nak study pasal telinga? Sebab ada kaitan dengan bunyi. Kita amik contoh, bilik wayang lar. Kenapa kita buat tempat duduk makin naik, tapi bukan mendatar je? Kenapa dari stage ke dinding paling belakang, makin membesar saiz dia? Kenapa lak kerusi guna bahan fabrik? Semua ni sebenarnya ada kaitan dengan bunyi.

Matematik pun ada meyh. Korang kena study structure. Allah. Subjek yang macam Add Math tapi jauh lagi susah. Walaupun in the future, memanglah engineer yang fokus hal struktur, tapi arkitek kena amik tau so that tak kena tipu dengan engineer.

Site Plan projek haritu. Ni kawan aku punya. Arrow biru tu maksud pandangan positif. Merah tu pandangan negatif.
Geografi pun study woo. Kena tengok matahari terbit dan terbenam kat mana. Angin datang dari mana. Hujan banyak tak kawasan situ. Selalu bulan bila hujan berlaku. Kawasan rendah ke tinggi. Dekat dengan jalan raya tak. Penduduk kat situ jenis macam mana pula. Haa. Semua ni pun akan beri kesan kat bangunan korang nanti.

Senang cerita, arkitek ni kena study semua benda. Tu sebab orang kata, arkitek ni antara yang paling bijak. Tapi aku student arkitek tak bijak lar sebab design teruk. Jangan ingat doktor je yang melibatkan nyawa. Kes Highland Tower. Bukankah melibatkan nyawa orang gak? And sape orang blame? Arkitek dengan engineer. That's why kena kaji betul2.

"Tqah, saya tak pandai lukis."

Sebenarnya aku pun tak pandai lukis. Aku certain things boleh lar. Tapi kalau nak melukis hebat cam Temerity, tak kot. Aku tak pandai lukis bangunan. Tapi cam awal2 aku cakap, kena rajin. Korang kena praktis sketch. Ikutkan lecturer aku, kitaorang sehari kena sketch satu benda. Tapi sebab most of us ni pemaleh, tu ramai tak pandai lukis. Muehehehe..

PRAKTIS, PRAKTIS DAN PRAKTIS.

"Tqah, betul ke architecture student tak tido?"
Hmm.. Aku tak boleh nak menafikan lar. Memang budak seni bina ni jarang tido especially bila nak dekat presentation. Tapi kalau korang pandai manfaatkan masa, InsyaAllah, dapat lar gak tido. Aku usually tak dapat tido sebab aku ni memang slow and suka buat keje last minute.

One thing aku kena warning budak2 yang nak amik architecture. Akan ada satu saat ni, ramai kawan seperjuangan korang akan ada niat untuk tukar course. Ini tak tipu. Sebab aku sendiri pun kadang2 ada niat ni. Architecture ni mencabar mental korang. Dan cabaran ni paling susah lar. Korang akan stress sebab design kena reject, tak dapat tido, tak dapat study subjek teori, kena maki dengan lecturer, tak dapat balik sebab projek berlambak.

Ingat Allah. Untuk amik architecture, hubungan korang dengan Allah, mungkin kadang2 terganggu jadi korang kena kuat. Sangat kuat. Aku rasa, maybe aku hadapi mental breakdown sebab gagal jaga hubungan ni. Tapi baguihnya, korang boleh tahajjud sebab berjaga malam. *peace*
Bukan aku punya tapi group kami punya~
Siap2 bawa plaster ok sebab korang akan buat model gak. Haa.. Jangan ingat architecture ni korang kena lukis je ek. Model pun kena buat.

Owh. Architecture ni korang tak boleh nak tipu. Maybe certain subjek teori ni, korang boleh tiru assignment kawan korang. Architecture tak boleh. Kena buat sendiri. Lagi2 bila nak present. Lecturer boleh tau korang buat kajian ke tak. Bila present, masa tu korang nak tunjuk action yang korang ni penuh dengan ilmu. *wink2*

Ok. Aku tak tau nak cakap ape dah. Kalau nak kata, budak architecture ni takde life, tak lar kot. Sebab aku ada jumpa beberapa orang yang sedang cuba keluar dari kepompong architecture. Dorang banyak join program. Alar. Cam Matluthfi lar kalau korang nak nampak lagi jelas an.

Sebenarnya, architecture ni sangat2 interesting. Aku tak boleh nak menafikan sebab kalau bebetul minat, korang akan have fun untuk cari solusi masalah yang timbul masa kornag nak design.

Lagi2, architecture ni akan buatkan ukhuwah korang lagi rapat lar. Sebab budak architecture je paham misery korang ni. Dan bila korang stress, mesti tepon mak ayah, mengadu. Atau sesiapa je lar. Hubungan dengan lecturer.......(err.. aku tak kot. muehehe) insyaAllah lebih rapat, sebab korang akan banyak consult dengan dorang.

Nah. Silalah tengok misery budak2 arkitek dengan video Matluthfi ni. Muehehehehe..



"Tqah, asal kau nak amik architecture?"
"Sebab aku ingat dia cam LK (lukisan kejuruteraan)."

Mohon jangan jadi pemaleh untuk mengkaji cam aku. Good luck student lepasan SPM.

12 comments:

  1. Pergh... Lagu susah ni.. Btw, setiap bidang yangckita ceburi tu ade je cabaran yg patut kita harungi. Yg pting niatcnak belajar n fokus pada ap yg kita nak. Insyallah yg sukar lasti jd mudah..
    -Papaglamz-

    ReplyDelete
  2. i found your article by accidental. And secara tak sengaja juga terbaca nama sendiri kat situ, #ehh.. moga jadi arkitek yg berjaya, jgn lupa doakan sy juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiiiiiii abang teme!! Tiba2 terjumpaaa sukaa gila tgk drawing kat ig teme

      Delete
    2. i found your comment by accidental. ehh...

      Delete
  3. Thanks a lot for this entry. I guess i more like you, minat architecture bcs of LK. InsyaAllah saya CFSIIUM next month. Pray for us !

    ReplyDelete
  4. SALAM....ke mana agaknya penulis sekarang ya. tkasih infor. aunty tengah buat homework utk anak lepasan SPM. sekarang UPU terus senaraikan course yg layak untuk pemohon UPU. Antaranya ialah Asasi Reni Reka kerana anak aunty pelajar perniagaan yg ambil pendidikan seni lukis. jika dapat nak gather more infor. pls contact aunty ya linda_shahrom@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. adik2 bole tgok channel sis .....ade sis story mcm mcm psl bidg diploma..tgokla https://youtu.be/hakPLm3C3Kc

    ReplyDelete
  6. Hm kak saya macam ni , saya memang jenis minat mengkaji mmg minat dalam melukis bangunan buat ii bangunan . Saya cuma sedikit risau pasal cabaran yg akn sy tempuh saya mmg rancang ii nk ambik arkitek tpi dri pada saya baca beberapa blog saya jadi kurang confident . Saya sangat suka mengkaji suka buat ii bina ii ni semua minat . saya ni suka melukis dan pandai melukis saya tgh delima nk pilih pereka animasi atau arkitek . saya cuma risau akan masa depan saya kalau saya pilih animasi . saya minat melukis kartun saya pun minat bangunan mengkaji semua . hm help me kak tolong bg nasihat yg patut saya pilih

    ReplyDelete
  7. Kak Tqah, kalau addmath gagal, boleh ke ambil senibina ni? But math dapat B.

    ReplyDelete
  8. Kak, saya nk tnya kalau course architecture ni mcm akak asasi ni perlu laptop mahal2 ke

    ReplyDelete